Sunday, November 09, 2014

Jejak Ibnu Battuta


  • Kata Pengantar
  • Prakata 
  • Penghargaan 
  • Kalendar Islam 
  • Catatan Berkenaan Wang 
  • Ringkasan
  • Pendahuluan
  • Bab 1 Tangier 
  • Bab 2 Maghribi
  • Bab 3 Orang Mamluk
  • Bab 4 Makkah
  • Bab 5 Parsi dan Iraq
  • Bab 6 Laut Tanah Arab
  • Bab 7 Anatolia
  • Bab 8 Padang Rumput
  • Bab 9 Delhi
  • Bab 10 Malabar Dan Maladewa
  • Bab 11 China
  • Bab 12 Kampung Halaman    
  • Bab 13 Mali    
  • Bab 14 Rihla    
  • Glosari      
  • Rujukan    
  • Indeks    
  • Lampiran bergambar 1
  • Lampiran bergambar 2        

Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan 'Marco Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Ross E. Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini. Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada Zaman Pertengahan.
Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya. Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.
"Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.
Saya berjumpa Syeikh 'Abdallah Al-Misri di Brusa. Beliau seorang alim dan musafir yang hidup seperti seorang wali. Beliau menjelajahi bumi ini, tetapi tidak pernah pergi ke China ataupun Sri Lanka. Beliau juga tidak pernah menjelajah ke negeri Maghrib, Andalusia ataupun negeri-negeri Negro. Saya yang mendahuluinya dengan mengunjungi negeri-negeri itu. - (Ibnu Battuta)

Format: Paperback
Saiz: 6" x 9"
ISBN-13: 978-967-366-149-7 
Tarikh Terbit: 26 Mar 2014
Jumlah Muka Surat : 624
Kategori: Sejarah
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM40 SM/RM43 SS

Buku ini terjemahan daripada buku asal The Adventure of Ibn Battuta. A muslim travels of the 14th century, diterbitkan oleh University of California Press Berkeley, L. A. 1986



Mencurah

pouring
curah bukan curang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...